Archives

Hero2004 Blog

Nostalgia 2

By AMN

....................readmore

Hero2004 Blog

Part Time Job - Oil and Gas

By AMN
....................readmore

Hero2004 Blog

Hadith : Bawang Putih Dan Bau Mulut

Kategori : IBADAH Fidyah Kifarah

Tajuk :
Bawang Putih Dan Bau Mulut

Hadith :
Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.”

Muslim

Huraian
Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya. Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

Menguburkan Jenazah

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Menguburkan Jenazah

Hadith :
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhhani r.a katanya:”Ada tiga macam waktu, di mana Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua, saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga ia telah condong ke Barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga ia telah tenggelam sama sekali.”
(Muslim)

Huraian
1. Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh dielakkan begitu sahaja. Ia merupakan tuntutan fardhu kifayah ke atas umat Islam iaitu dengan adanya sebahagian umat Islam yang melaksanakannya, akan selesailah tanggungjawab tersebut.
2. Orang yang paling berhak dan lebih afdhal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarga atau waris si mati sendiri yang terdekat. Contohnya anak si mati sekiranya si mati adalah bapanya dan sekiranya warisnya itu tidak berkemampuan atau berpengalaman maka bolehlah meminta bantuan imam atau bilal di sesuatu kawasan tersebut untuk menguruskannya.
3. Selain daripada mengetahui waktu yang sesuai dan tidak sesuai mengebumikan mayat seperti yang disebutkan, cara-cara mengebumikan mayat juga hendaklah dilakukan selari dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW, iaitu mayat hendaklah dibaringkan di atas rusuk sebelah kanan dan menghadap kiblat. Manakala permukaan tanah yang menguburi jenazah hendaklah lebih tinggi sedikit dari permukaan bumi agar diketahui kewujudan sesuatu kubur itu. Namun di sini tidak ada kewajiban untuk memberi tanda contohnya (nesan) di atas kubur seseorang kerana lazimnya satu lubang kubur boleh diisi semula setelah beberapa tempoh berlalu.
4. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Segerakanlah menguburkan mayat, jika ia baik bererti kamu telah menyampaikan kepada kebaikannya dan jika ia tidak baik bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu." (Bukhari)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

AMARAN KEPADA ISTERI,KEKASIH, KAWAN DAN ANAK PEREMPUAN ANDA...

Kepada semua wanita, air dalam botol plastik di dalam kereta anda sangat merbahaya !!!!
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama. Hal ini telah dikatakankan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia !

Doktor berkata kepada seorang rakan yang ibunya disyaki mengidap kanser payudara baru-baru ini: wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta.Doktor berkata bahawa haba panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara.

Jadi berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan kirimkan mesej kepada kenalan-kenalan wanita anda.

Maklumat seperti ini sangat diperlukan (walaupun kita harus berhati-hati kesahihannya) akan tetapi maklumat ini mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Haba panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan ia akan menyebabkan racun ini menyerap pada sel-sel payudara.

Cubalah sedaya upaya mungkin untuk menggunakan bekas stainless steel atau botol kaca.

Sebarkan agar semua orang yang mempunyai isteri atau teman/kenalan wanita atau anak perempuan mengetahui tentang maklumat ini.
....................readmore

Hero2004 Blog

Mis-Comm - Kisah Isteri dan TNB

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,

“Sayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar - benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh kakitangan TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Kakitangan TNB tu pun berkata.
” Ini rumah Mr Leong ker?”
“iya, saya ni isterinya. ada apa encik”, balas isteri Mr Leong

Kakitangan TNB tu pun menambah seraya berkata,
“Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap kakitangan TNB tu.
” APA..!!!!! ??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???”

Kakitangan TNB tu pun dengan selamba menjawab
“ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”

Kata - kata pegawai TNB itu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
“APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? “

Kakitangan TNB tu pun cuba mententeramkan keadaan
” Rileks puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan”

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,

“nanti saya bincang dengan suami saya..”
Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mr Leong ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ,dia pun memekik seraya berkata
“Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh - heboh ke dalam internet. awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yang datang kerumah si Mr Leong ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
“sabar encik, sabar encik… Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…”

kata-kata pegawai TNB tu membuat kan si Mr Leong naik berang.

“APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh….”

Lalu pegawai TNB tu pun cakap
” kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya……. ….”

Si Mr Leong mencelah
” apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap
” nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA“
....................readmore

Hero2004 Blog

RM300

....................readmore

Hero2004 Blog

Guane Gamok

Assalamualaikum.

Guane gamok warga hero. Cabang pesengan naik air ni..
Keteh hujan sepanjang hari…balai polis banjir…
Depan esso sampai pie roti payang air naik…
Nok mari kerje susah,,
Hari ni dok celik lagi hujan ni…

Perkembangan terkini di mesra mall…
TMC aka giant mesra mall telah dibuka saa’ma dgn orang dok solat sunat
eidul adha atau ketika mat said gi haji
Dengan jayanya.
Pusat bowling juga telah dibuka…oleh kerana lening pian hujan jadi awok2
kelaut je dok konker pusat bowling.
Kini pusat pusat islam boleh kelihatan seperti di kota metropolitan.

Aji yaya..mai ah bowok anok2 jalang2 diMM

Ujan2 ni not wat keje malas…

Roslan B Endut
....................readmore

Hero2004 Blog

Ex-mufti: Conspiracy not political, but religious

....................readmore

Hero2004 Blog

Perempuan Melayu & Warga Asing

....................readmore

Hero2004 Blog

PAS: No more talk of unity with Umno

PAS president Abdul Hadi Awang again dispelled a possible alliance between the Islamic party and arch-rival Umno, stressing the importance of strengthening the fledgling Pakatan Rakyat coalition.

....................readmore

Hero2004 Blog

Barclays Premier League 2009/2010

....................readmore

Hero2004 Blog

CH 2009 : PFC CSKA Moskva 0-1 Manchester United FC

PFC CSKA Moskva 0-1 (Valencia 86) Manchester United FC

....................readmore

Hero2004 Blog

CH 2009 : Liverpool FC 1-2 Olympique Lyonnais



Liverpool FC (Benayoun 41) 1-2 (Gonalons 72 , Delgado 90+ 1) Olympique Lyonnais
....................readmore

Hero2004 Blog

CH 2009 : FC Barcelona 1-2 FC Rubin Kazan

FC Barcelona (Ibrahimović 48) 1-2 (Ryazantsev 2 , Gökdeniz Karadeniz 73) FC Rubin Kazan

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.