Archives

Hero2004 Blog

TeGanung : Apa itu....sru srah...

AjiMbong ade orang tanye sru srah tu ape kepende gok...tolong kabor gok sket, biar paham blake...

"Nor Azhan Azhar"

12/16/2008 03:28 PM

Syabas….Ajimbong klasifikasikan ia adalah Foto Paling Sensasi 2008.

Tapi sayang dok kene muka Bush, kalu kene bekok cobong ahh muka dia, nangis glepor sru srah atah lata…makne sakning.

Aji Aji seme pakat komeng dan tambohlah siket siket sorang....

sru srah - seru serah - seruh serah

Apa itu....sru srah...

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Sedap Doh Brase....

....................readmore

Hero2004 Blog

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1
. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2
. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian...
3
. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4
. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5
. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6
. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7
. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya..
8
. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9
. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11
. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13
. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14.
Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

petikan dari email
....................readmore

Hero2004 Blog

Dukacita Rasulullah

Kategori : AKIDAH Akhlak


Tajuk :

Dukacita Rasulullah


Hadith :

Dari Anas r.a katanya,:”Rasulullah s.a.w pernah qunut selama sebulan iaitu ketika ahlul qurra (ahli-ahli membaca al-Quran) ramai yang tewas dalam peperangan. Belum pernah saya melihat Rasulullah s.a.w berdukacita seperti itu.”

(al-Bukhari)


Huraian

Rasulullah s.a.w adalah rasul akhir zaman. Ketika hidup baginda seluruh umat merasai akan kedamaian dan kemanisan Islam menerusi ajaran yang dibawa. Begitu pun baginda juga merasa bahagia dengan adanya pengikut yang terdiri dari golongan sahabat dan umat Islam yang ikhlas beriman dan taat setia terhadap baginda serta sanggup berkorban harta dan nyawa demi membela agama tercinta. Maka apabila berlakunya kematian oleh mereka-mereka yang mengharumkan nama Islam dan menjaga ketinggian maruah Islam ini, baginda merasa suatu kehilangan yang teramat sehingga kedukaan baginda itu dikesani oleh para sahabat yang lain. Baginda tidak putus-putus berdoa akan kesejahteraan golongan ini dan baginda sentiasa memohon keselamatan untuk umat baginda seluruhnya.

....................readmore

Hero2004 Blog

President Bush caught in shoe attack in Iraq - 15 Dec 08

An Iraqi journalist has thrown his shoes at George Bush, the US president, in his last visit to Baghdad, shouting: "This is a goodbye kiss from the Iraqi people, dog."

One of the shoes narrowly missed the president's head and slammed into the wall behind him.

Nuri al-Maliki, the Iraqi prime minister, tried to block the second with his arm.

Throwing shoes at somebody is a supreme insult in the Middle East.

....................readmore

Hero2004 Blog

Wild Detectives: Narwhal Tooth

Learn the truth behind a mystical creature that lives under the Arctic ice.

....................readmore

Hero2004 Blog

Refer Zaki to royal tribunal: Karpal to PM

The opposition plans to file a motion to urge Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to refer newly-appointed Chief Justice Zaki Azmi to a tribunal appointed by the king for allegedly being involved in corrupt practices.

....................readmore

Hero2004 Blog

Marijuana Nation

....................readmore

Hero2004 Blog

Rafidah VS Shahrizat

....................readmore

Hero2004 Blog

Permataku

....................readmore

Hero2004 Blog

Bicara mingguan : Qurban

Assalamualaikum.

2 minggu lagi kita akan merayakan peristiwa qurban...aku tak mahu menulis seperti kebanyakan yg ditulis nabi ibrahim bermimpi sembelih nabi ismail dan diganti dengan kibas…nok tulis mudah mudah je..dikisahkan…

setelah diusir drp negerinya nabi ibrahim berhijrah ke palestin. dalam usia muda nabi ibrahim tidak dikuniakan anak walaupun memiliki 2 isteri iaitu hajar dan sarah. setelah usia dlm lingkungan 80 tahun malaikat datang memberi khabar ia akan memiliki anak..ini membuat ibrahim ketawa...mana mungkin aku boleh anak...aku telah tua dan isteri ku juga telah tua dan telah putus haid.

malaikat berkata Allah menyuruh aku memberitahu kahabar gembira ini seperti maksud firman Allah dlm suruh hijr

"15:54. Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi kabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?"

dipendekkan cerita setelah dikurnia anak bernama nabi ismail, disebabkan perasan cemburu antara hajar dan sarah. Allah memrintahkan Nabi Ibrahim membawa siti hajar dan bayinya ismail ke bumi yang kering kontang iaitu bumi mekah. siti hajar ditinggal berdua bersama anaknya ismail di bumi mekah dan ibrahim kembali ke palestin meneruskan misinya disana. terkenal dialog hajar dgn ibrahim "mu nok tinggal aku berdua dibumi yg takdok org ni, bumi yg tak pokok ni, bumi yg kering kontang ni, bumi yg tak dok air ni? Nabi Ibrahim menjawap ya. hajar bertanya lagi...adakah ini wahyu? nabi ibrahim berkata ya...hajar berkata aku redha hidup disini...lalu ditinggal hajar dengan bayinya ismail di bumi mekah. ibrahim balik ke palestin.

bayangkan situasi kesusahan yg dihadapi oleh hajar dan bayinya dibumi kering kotang yg tidak ada penghuni. Nabi ismail membesar dan kira2 umur yg sedap kita dok galok dgn budak budak..munkin dlm 6 hinggan 8 tahun nabi ibrahim melawat...dlm usia ismail remaja dan tengoh Ibrahim sayang anak tunggal dia tiba tiba datang perintah "suruh sembelih"

cuba bayangkan pergorbanan nabi Ibrahim..dohlah susah nok leh anak...boleh anak disuruh hantar ke bumi kering kontang...dan besar sikit kena suruh sembelih pulak...pengorbanan yg tidak boleh dilakukan oleh org biasa...begitulah kita..kalau berjuang islam kena banyak pengorbanan…

Jadi kita nak korban carilah lembu yang terbaik...jangan cari yang kurus kering..biasanya yang murah lah....cari yang termahal...baru terasa ummppp perngorbanan tu...

Sebab 10 % drp gaji kita…

"selamat mencari lembu terbaik dan tentunya yang termahal"

REn
....................readmore

Hero2004 Blog

Doa Memasuki Tandas

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :

Doa Memasuki Tandas

Hadith :

Anas bin Malik r.a mengkhabarkan:”Apabila Nabi s.a.w hendak memasuki tandas, baginda membaca :” Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari bahaya kotoran dan dari segala macam yang membahayakan.”

(Bukhari)

Huraian

Tandas dianggap sebagai tempat yang jijik dan kotor. Tabiat syaitan adalah menyukai tempat-tempat yang kotor seperti tandas. Oleh itu sebagai seorang Muslim, selain daripada kita disuruh supaya membaca doa keluar dan masuk tandas kita juga diwajibkan mementingkan aspek kebersihan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya. Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci (tidak membasuh anggota kelamin sesudah kencing) oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas yang menceritakan :”Nabi s.a.w berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.

....................readmore

Hero2004 Blog

Hero2004 : RENUNGKANLAH

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan.
bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalu-
lah minta pertolongan ALLAH.
ALLAH pasti memberikan pahala setelah kecemasan, kegundahan, kesedihan,
keresahan. kelaparan, kefakiran, rasa sakit, dililit oleh hutang dan segala musibah
yang lain.
Ketahuilah, bahawa kesulitan itu dapat membuka pendengaran dan penglihatan,
menghidupkan hati, mengawal nafsu, mengingatkan hamba kepada Tuhannya, dan
dapat menambah pahala.
Janganlah banyak bergaul dengan orang yang berkelakuan buruk, dan jangan pula
dengan orang-orang yang suka menyusahkan, serta pendengki. Sebab mereka
boleh merosakkan jiwa dan menimbulkan kesedihan dan keresahan.
Jauhilah dosa-dosa, kerana ia adalah sumber keresahan dan kesedihan. Dan dosa
menyebabkan timbulnya malapetaka dan memebuka pintu terjadinya mesibah dan
krisis.
....................readmore

Hero2004 Blog

Hero2004 : AKHIRNYA DUNIA

Bumi digongcang
Mata manusia terbelalak ketakutan
Manusia bagaikan anai-anai
Isi dunia dihamburkan bagai bulu-bulu
Gugurlah kandungan wanita hamil
Langgit terbelah
Matahari bulan di kumpulkan
Bulan hilang cahaya
Matahari digulung
Lautan-lautan meluap
Bintang-bintang jatuh berserakan
Gunung-ganang dihancur luluhkan
Roh-roh di pertemukan dengan tubuh
Catatan amal di buka
Bayi-bayi yang dikubur hidup-hidup
Di tanya mengapa kamu di bunuh?
Seluruh bumi digengam ALLAH
Langgit dilenyapkan
Neraka jahim dinyalakan
Syurga didekatkan



Firman ALLAH yang bermaksud:
" Pada hal bumi seluruhnya dalam genggamanNya ,
pada hari qiamat dan langit digulung dengan tangan
kananNya." ( Az-Zumar :67)


Masa Hari Kiamat Dan Huru-haranya

Hadith :


Nabi s.a.w bersabda: "Manusia berpeluh pada
hari kiamat dengan banyaknya sehingga air
peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-
puluh hasta, dan menenggelami mereka
sehingga sampai ke telinga masing-masing" .
Abi Hurairah r.a
Huraian
Nabi s.a.w bersabda: "Manusia berpeluh
pada hari kiamat dengan banyaknya
sehingga air peluh mereka meresap
ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta,
dan menenggelami mereka sehingga
sampai ke telinga masing-masing" .
....................readmore

Hero2004 Blog

TeGanung : Apa itu....uting...

uting...satu perkataan yang cukup glamer diTeGanung terutamanya kepada kaki main lastik ataupun biddah dan bedil buloh. Dalam bahasa Engrishnya aiming dan dalam bahasa melayu bakunya mungkin hala ataupun menghalakan

uting...tubik masa dok sembang dengan MuJ minggu lepas blam blam dok bahang teh tarik..(kalu mari kl pulok hello tuuuu....)

M : kalu ikut derowing ning, pipe tu clash dok starang...boh

H : hishhh mane clash...mung dok soh bimbang ah, mase site visit ari tu aku uting doh dengan mata aku...bereh doh napok...

M : Mapuhhhh(dalam hati)....

uting adalah berpakataan yang berkaitan dengan mata. Perkataan yang sinonim dengan uting adalah skodeng,seperong...(kalu ade lagi tu tolong tamboh lah)

Tetapi uting tidak sama dengan skodeng begitu juge dengan seperong.

Ucop tolong komen sket skodeng ngan seperong...

ngellik juga selalunya dikaitkan dengan uting. Aji Ameer tolong komeng gok skali ngellik ning...

masa pelekong uting bbetul, pasa kalu kena ppala orang ddamor kang

dok kira lagu mane mung ngellik pung, kalu uting molek soheh kene gok mung...

mung uting molek

you aim precisely

awak halakan dengan tepat

AjiMbong ngan AjiMang bahagian cek...kalu kurang sila tamboh...

Apa itu....uting. ..

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Sedap Doh Brase....

....................readmore

Hero2004 Blog

RE : Tuanku Mizan puas hati penjelasan JHEAT

Assalamualaikum.

Puas hati memiliki sultan mizan…org yg cakna tentang agama.

Di awal tahun 90an memang TM ditugas oleh ayahnda beliau utuk menjaga pejabat agama di wisma negeri.

Sebab itu TM memang tahu selok belok urusan pejabat agama dan maidam. TM rasa aku sultan yg disukai oleh semua rakyat teganu.

Walaupun ada org mengait beliau dgn mizan timber tetapi org KT tau beliau bukan seorang ahli peniagaan. Beliau ahli pentadbiran….

Itu yg kita tahu…dgn persoalan “sebab apa rakyat beta masih miskin sedangkan duit minyak berbillion” menyebabkan kejatuhan empayar JE.

Dgn soalan ini KSU mengarahkan Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu menjalankan siasatan siapakan org miskin yg menerima bantuan itu.

Dan lapuran drp jabatan perangkaan ini dipersembahkan kepada TM. Pada pendapat aku salah ini adalah satu sebab sebab yg besar kenapa IJ tidak diperkenankan adalah menjadi MB.

Berbalik isu ini…bertapa caknanya mizan akan agamanya sampai JHEAT dan polis terpaksa membetulkan keadaan.

Terima kasih tuanku….daulat tuanku…darul iman negeri ku…alquran dan as sunnah undang2 tubuh negeri ku…

Semoga islam terus bersinar walaupun ada golongan yg membenci….

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.