Archives

Hero2004 Blog

Sesak


Sesak, originally uploaded by Shapadu.

Lihatlah gelagat pemandu di Mekah. Apa juga akan dibuat dalam waktu sesak.on 15 Dec 2007

....................readmore

Hero2004 Blog

Dobi


Dobi, originally uploaded by Shapadu.

Perkhidmatan dobi kepada jemaah on 15 Dec 2007

....................readmore

Hero2004 Blog

Tambahan tempat Saei


Tambahan tempat Saei, originally uploaded by Shapadu.

Tempat Saei tambahan Safa Marwah sedang dalam pembinaan.on 5 Dec 2007

....................readmore

Hero2004 Blog

Masjid Nabawi


Masjid Nabawi, originally uploaded by Shapadu.

On 26 nov 2007

....................readmore

Hero2004 Blog

Masjid Nabawi


Masjid Nabawi, originally uploaded by Shapadu.

on 26 Nov 2007

....................readmore

Hero2004 Blog

Masjid Nabawi


Masjid Nabawi, originally uploaded by Shapadu.

on 26 Nov 2007

....................readmore

Hero2004 Blog

Al Khomri Fairuzia


Al Khomri Fairuzia, originally uploaded by Shapadu.

Jemaah menunggu lif untuk naik ke bilik on 17 Nov

....................readmore

Hero2004 Blog

Madinah


Madinah, originally uploaded by Shapadu.

Begini lah jemaah kita membeli barangan di perkarangan hotel di Madinah on 17 Nov 2007

....................readmore

Hero2004 Blog

Masjid Nabawi Madinah


Masjid Nabawi Madinah, originally uploaded by Shapadu.

Dataran masjid diambil dari atas bumbung on 16 Nov 2007

....................readmore

Hero2004 Blog

Selamat Hari Lahir...Ameer

13 Disember 1977-2007 = 30 thn



Selangkah kaki ke kedai baju
Kepala terhantuk ku tunduk malu
Selamat hari lahir ucapan dituju
Kepada Ameer yang diingat selalu

Semangkuk kari kami hidangkan
Buat santapan seorang puteri
Selamat hari lahir kami ucapkan
Semoga hidup semakin bererti


Moderator
udang kering sedapnya rasa
dibuat sambal masak berlada
ulang tahunnya akan tiba
esok hari genaplah usia...

ucop
ulang tahunnya akan tiba
esok hari genap lah usia nya
harap harap dapat dibelanja
gerangan siapa tuan empunya

amn
asal ulang tahun mintak belanja,
asal ulang tahun mintak belanja,
ape kejadahnya ini semua..?
walau apa pun, ape salahnya.

roy
siti Hawa jalan berdua,
mujahid ke tu,
eh org lain rupanya,
semoga empunya panjang usia,
besor table besor lah pahala.
....................readmore

Hero2004 Blog

Kelebihan bersahur

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Kelebihan bersahur

Hadith :

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.
....................readmore

Hero2004 Blog

Permataku

....................readmore

Hero2004 Blog

Azan Dua Kali

Kategori : IBADAH Solat

Tajuk :
Azan Dua Kali

Hadith :

Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. mempunyai dua orang juru azan, iaitu Bilal dan Ummu Maktum, baginda bersabda: “Sesungguhnya Bilal bertugas untuk mengazankan sembahyang di waktu malam sebelum terbit fajar, oleh itu makan dan minumlah kamu semua (bersahur) sehinggalah Ummu Maktum azan yang menandakan masuknya waktu Subuh. Ibnu Umar r.a. berkata: “ Tidak ada jarak di antara kedua juru azan itu, melainkan jika Bilal telah selesai azan lalu disambung oleh Ummu Maktum pula, dalam jarak yang tidak terlalu lama”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Disunatkan umat Islam supaya melaungkan azan dua kali di mana azan pertama adalah sebagai pemberitahuan kepada umat Islam agar bersedia untuk menunaikan sembahyang Subuh, sedangkan azan yang kedua pula menandakan bahawa waktu Subuh telah masuk.2. Islam sangat mengambil berat tentang masalah kebajikan umatnya dengan memberi mereka kesempatan membuat persediaan sebelum megerjakan sembahyang.3. Waktu bersahur adalah sebelum masuknya waktu Subuh. Umat Islam digalakkan melaungkan azan dua kali atau sebagainya untuk memberi syarat bahawa waktu sahur telah bermula, dan dengan itu orang yang mendengarnya akan bangun dari tidur untuk bersahur dan seterusnya mengerjakan solat Subuh.
....................readmore

Hero2004 Blog

Larangan Berpuasa Pada Hari yang Diragukan (hari Syak)

Kategori : IBADAH Puasa

Tajuk :
Larangan Berpuasa Pada Hari yang Diragukan (hari Syak)

Hadith :
Daripada Abu al-Yakzan iaitu Amar bin Yasir r.a. katanya: Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan apakah bulan syaaban sudah habis atau bermulanya sudah bulan ramadhan, sesungguhnya ia telah melanggar perintah Nabi s.a.w.”

(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian
1. Salah satu bentuk persiapan dalam menghadapi Ramadhan yang seharusnya dilakukan oleh kaum muslimin adalah menghitung bulan Syaaban, kerana satu bulan dalam hitungan Islam adalah 29 hari atau 30 hari sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW: "Satu bulan itu 29 malam. Maka jangan berpuasa sampai kalian melihatnya (anak bulan). Jika kalian terhalang (dari melihatnya), maka genapkanlah 30 hari." (al-Bukhari).

2. Puasa Ramadhan adalah puasa yang diwajibkan oleh Allah ke atas orang-orang mukmin dan ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang Lima.

3. Sesungguhnya setiap ibadat yang diwajibkan ke atas umat Islam mempunyai rukun dan syaratnya yang tertentu dengan tujuan melatih kita menjadi umat yang bersistem dan berperaturan, sesuai dengan matlamat Islam untuk menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.
....................readmore

Hero2004 Blog

Dijauhkan Dari Neraka 70 000 Musim

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Dijauhkan Dari Neraka 70 000 Musim

Hadith :
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.”

(Muslim)

Huraian
Dilihat secara terperinci, kita dapati orang yang berpuasa itu dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu:
i) orang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia.
ii) orang yang berpuasa kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah.
iii) orang yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada Allah dan manusia.

Orang yang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia, puasa mereka adalah berdasarkan kepada perasaan sedar dan insaf kepada perintah Allah S.W.T yang mewajibkan berpuasa. Golongan ini akan sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga puasanya daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh kerana itu, di mana-mana tempat sekali pun, sama ada di tempat tersorok atau tidak, mereka tetap memelihara puasanya. Golongan ini sedar bahawa Allah tetap melihat perbuatan mereka walaupun mereka tidak dapat melihat Allah.

Tentang golongan kedua pula, mereka ini berpuasa semata-mata kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah. Lantaran itu, apabila berada jauh daripada pandangan manusia, tanpa segan-silu mereka meninggalkan puasa. Golongan ini berpuasa bukan kerana taat dan patuh kepada perintah Allah tetapi kerana malu kepada manusia lain yang berpuasa. Biasanya orang yang seperti ini berpuasa kerana hendak menunjuk-nunjuk atau riak. Mereka tidak mempunyai sifat amanah kepada Allah mahupun pada diri sendiri.

Golongan ketiga ialah mereka yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada manusia apatah lagi kepada Allah. Golongan ini dianggap paling hina di sisi Allah. Bahkan ada ketikanya mereka ini sanggup mengaku sebagai orang bukan Islam agar terlepas daripada hukuman dan tindakan pihak berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa pengakuan itu boleh membatalkan syahadah.

Menyedari hakikat ini, renungkanlah. Dalam golongan manakah kita berada?
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.